Persatuan Kanu Selangor (SCAN) menyediakan kursus kayak/berkanu yang menggunakan module yang disediakan oleh Persatuan Kanu Malaysia (MASCA). Module pendidikan ini telah disediakan oleh Lembaga Pendidikan Kanu Malaysia (MBOCE) di bawah naungan MASCA. Pendidikan kanu ini dibahagi kepada enam peringkat:
- Kursus Kemahiran Asas Berkayak
- Kursus Anugerah Bintang Satu
- Kursus Anugerah Bintang Dua
- Anugerah Kejurulatihan Asas
- Anugerah Keselamatan Berkanu
- Anugerah Kejurulatihan Berkanu
Kepada sesiapa yang berminat untuk melaksanakan kursus kayak/berkanu ini, sila hubungi kami seperti di bawah.