1.  LATARBELAKANG

Persatuan Kanu Negeri Selangor (SCAN) adalah sebuah organisasi sukan yang ditubuhkan dengan matlamat untuk mempromosikan dan mengembangkan sukan kanu di negeri Selangor. Sejak penubuhannya pada 2 September 2003, SCAN telah menjadi platform utama bagi individu yang berminat dalam sukan kanu, menyediakan mereka dengan peluang untuk mengasah kemahiran dan mencapai kejayaan di peringkat negeri, kebangsaan, dan antarabangsa.

SCAN komited untuk menyediakan peluang kepada individu dari semua peringkat umur dan latar belakang untuk menceburi sukan kanu. Dengan visi untuk menjadi peneraju dalam pembangunan sukan kanu, SCAN menawarkan pelbagai program latihan, pertandingan, dan aktiviti komuniti yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran serta minat terhadap sukan ini.

Selain daripada itu, SCAN juga bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, dan sektor swasta untuk memastikan pertumbuhan yang berterusan dan sokongan kepada ahli-ahlinya. Usaha ini termasuklah menjalin kerjasama strategik untuk mendapatkan bantuan kewangan, peralatan, serta penganjuran acara dan program latihan.

SCAN berusaha untuk memupuk semangat kesukanan, kerjasama, dan disiplin dalam kalangan ahli serta menyumbang kepada gaya hidup sihat dan aktif di kalangan masyarakat Selangor. Dengan bimbingan daripada jurulatih berpengalaman dan sokongan yang kukuh daripada ahli-ahli serta rakan kerjasama, SCAN terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam sukan kanu dan membawa nama Selangor ke persada antarabangsa.

2. VISI
“Menjadi sebuah persatuan sukan air negeri yang unggul, progresif dan berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa melalui pembangunan atlet, komuniti, dan ekopelancongan.”

3. MISI

Membangun dan melahirkan atlet sukan kanu yang berprestasi tinggi melalui program latihan berpusat di Bestari Jaya sebagai pusat kecemerlangan sukan kanu negeri Selangor.

Memperkasa pembangunan akar umbi melalui Pusat Latihan Daerah Sabak Bernam di Ban Canal Parit 9 Sekinchan sebagai tapak pelapis dan pembangunan atlet belia.

Mengintegrasi elemen ekopelancongan dan pertanian komuniti (eko-tani) di Ban Canal Parit 14 Simpang Lima untuk menjadikan sukan kanu sebagai pemangkin sosioekonomi luar bandar.

Mengangkat SCAN sebagai sebuah entiti sukan yang bercirikan korporat melalui pengurusan profesional, kerjasama strategik, dan penjanaan pendapatan lestari.

Menjadi platform pembangunan belia dan komuniti melalui sukan air, pendidikan luar dan aktiviti komuniti yang bersifat lestari, inklusif dan menyatupadukan.

4. TAPAK DAN INFRASTRUKTUR LATIHAN

i. Pusat Latihan Negeri – Bestari Jaya

Dijadikan Pusat Kecemerlangan Kanu Selangor.

Fokus kepada program prestasi tinggi, latihan intensif dan kejohanan peringkat negeri dan kebangsaan.

ii. Pusat Latihan Daerah – Ban Canal Parit 9, Sekinchan

Memupuk pelapis atlet akar umbi dan pembangunan awal.

Tapak latihan peringkat daerah dan program belia.

iii. Pusat Ekopelancongan dan Eko-Tani – Ban Canal Parit 14, Simpang Lima

Tapak integrasi pertanian komuniti dan pelancongan sungai.

Ruang latihan terbuka, pasar tani, agro jualan & program luar.

5. POTENSI PENJENAMAAN DAN HALA TUJU KORPORAT

Penubuhan anak syarikat / koperasi SCAN untuk menjana dana.

Pengurusan acara dan penganjuran kejohanan berbayar.

Edu-tourism dan agro-tourism sebagai model pendapatan.

Perkongsian pintar bersama GLC, swasta dan agensi negeri.

6. PENUTUP
SCAN komited untuk terus menyumbang kepada pembangunan sukan air dan belia Selangor. Justeru, pelantikan DYTM Raja Muda Selangor sebagai Penaung Diraja SCAN amat besar maknanya kepada arah tuju persatuan ke arah lebih profesional dan mapan.

Ahli Jawatankuasa Semasa Persatuan Kanu Negeri Selangor:


YB Dato’ Ir. Izham bin Hashim
Presiden

 
En. Isnadi bin Mohd Saliman
Timbalan Presiden


En. Mohd Said Rodzi bin Mohd Ikhwan
Setiausaha Kehormat


Penolong Setiausaha


Mohd Faizal bin Mohd Yusof
Bendahari


Penolong Bendahari


Ahli Jawatankuasa 1


Ahli Jawatankuasa 2


Ahli Jawatankuasa 3


Ahli Jawatankuasa 4


Ahli Jawatankuasa 5


Ahli Jawatankuasa 6


Ahli Jawatankuasa 7